Khamis, 1 Januari 2009

KAEDAH QIRAATI


BEBERAPA ATURAN PENGGUNAAN QIRAATI:
Guru mesti lulus bacaan tartil, gharib dan tartil
Guru mesti mengikuti kursus motodologi pengajaran Qiraati setidaknya 17 jam.

KEWAJIBAN GURU YANG SUDAH LULUS:
Mengajar mengikut apa yang diputuskan oleh Qiraati Pusat di Semarang.
Membuat MMQ 2 kali seminggu untuk peringkat sekolah. Dan sekali sebulan untuk peringkat Qaryah, 3 bulan sekali untuk peringkat Daerah, 1 tahun sekali untuk peringkat Negeri, dan 3 tahun sekali untuk peringkat Nasional.

GURU MENGKHATAMKAN BACAAN AL QURAN:
· Guru Al Quran lelaki hendaknya 2 kali khatam sebulan, dan guru perempuan hendaknya 1 kali sebulan khatam.

10 KEUTAMAAN MEMBACA AL QURAN:
1. Diluangkan waktunya.
2. Tidak pernah meminta , tiada berhutang.

METODOLOGI
Minimal 17 jam.

NAMA QIRAATI
PUSAT BIMBINGAN QIRAATI AN_NAJAH
DASAR-DASAR PENGAJARAN QIRAATI
Untuk Guru:
Tidak boleh menuntun. Ketika membaca (Daktun).
Teliti, Waspada, dan Tegas (Tiwasgas).
Untuk Buku:
Sederhana (Tidak berbelit-belit dalam menerangkan)
Ikut tahapan.

METODE PENGAJARAN QIRAATI:
Saat ini diputuskan bahawa Qiraati diajarkan secara KLASIKAL INDIVIDUAL. Setelah sebelum ini menggunakan cara-cara lain seperti (INDIVIDUAL, KLASIKAL BACA SIMAK, KLASIKAL BACA SIMAK MURNI).

SANGAT PENTING DIPERHATIKAN
Murid tidak boleh dipindahkan ke muka surat lain jika ada kesalahan baca walaupun satu perkataan
Pemindahan buku dilakukan oleh Guru Besar Sekolah.

PELAKSANAAN KHATAM.
Pelajar boleh dinyatakan Khatam apabila telah selesai menyelesaikan pelajaran dari buku 1 sampai buku 6 dan membaca 30 juzu’ al Quran beserta buku gharib dan buku tajwid)
Lulus TAS (Tashih Akhir Santri / Pelajar).

MATERI PELAJARAN TAS
FASHAHAH
TARTIL
GHARIB
TAJWID
SHALAT
SURAH-SURAH PENDEK
DU’A HARIAN
KALIMAH-KALIMAH TAYYIBAH

MMQ (MAJIL MU’ALLIMUL QURAN)
2 minggu sekali untuk . peringkat sekolah
1 bulan untuk peringkat kampong / qaryah
3 bulan untuk peringkat Daerah
1 Tahun sekali untuk peringkat Negeri
3 Tahun sekali untuk peringkat Negara./ Nasional.

KLASIKAL INDIVIDUAL
Klasikal : satu kelas membaca bersama-sama
Individual : setiap orang membaca dan didengarkan oleh guru.

ANTARA PERATURAN YANG HARUS DIIKUTI:
Dalam satu kelas tidak boleh lebih 15 orang anak murid dengan seorang guru tanpa guru Bantu.
Guru harus mengajar di kelas itu setidaknya satu tahun tidak boleh tukar-tukar dengan guru lain .
Lamanya pelajaran 60 minit, 6 kali masuk dalam satu minggu.
Guru Besar yang membunyikan loceng.
15 minit sebelum masuk kelas, para pelajar beratur dipimpin oleh seorang guru. Bertujuan agar murid mempersiapkan diri dalam mengikuti pelajaran.
Mengajar murid mencium tangan guru.
Guru memberi salam bukan sebaliknya

3 AMANAH PAK DACHLAN:
Sabar dan ikhlas
Guru harus banyak baca al quran
Guru harus banyak tahajjud.

CARA MENGAJAR BUKU 1 QIRAATI KANAK-KANAK.
Kelas buku 1 terbahagi menjadi 3 kelas : Kelas 1 A, kelas 1B dan kelas 1 C.
Kelas 1A belajar dari muka surat 1 – 16 dengan menggunakan carta (ABM) muka surat 1-15.
Kelas 1 B belajar dari muka surat 17 – 30 dengan menggunakan carta ms 16-22.
Kelas 1 C belajar dari ms 31-44 dengan menggunakan 23 – 36.
Sederhana dalam penerangan tidak berbelit
Tidak perlu menjelaskan terlalu detail / terperinci
60 minit masa pelajaran. ( 15 minit unuk baca carta dari ms 1-15, 30 minit untuk baca seorang-seorang dan yang lain menulis, kemudian 15 minit terakhir membaca carta lagi dari ms 15 – 1), maka carta hanya dikembalikan msnya setelah dibaca permuka surat.
Memberi nilai harus bagus walaupun tulisannya buruk, nilai antara 70-80
Jangan membuka carta dengan ludah.
Gunakan tangan kanan untuk menunjuk pelajaran dengan sesekali tengok keadaan murid-murid agar merasa diperhatikan.
Cara menunjuk harus cepat. Sebelum murid habis baca, guru sudah menunjuk yang lain.
Menunjuk pada bawah huruf agar dapat dilihat.
Pelajaran huruf sambung tanpa penerangan.
Nilai bacaan L dan L minus.

MMQ (MAJLIS MU’ALLIMUL QURAN)
Hanya yang bersijil sahaja yang boleh menghadiri program MMQ
Berseragam Qiraati.
Wajib.

6 ulasan:

  1. Dekat mana ada kursus qiraati kalu ad tlg bg taw sy...01128820424

    BalasPadam
  2. Saya jg berminat jika ada kursus teknik mengajar yg tepat qiraati...maklumkan sy0175201980.tkasih.

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum... Biasa kursus Qiraati dibuat di mana ye? Jika ada kursus atau takwim kursus 2019 inform saya ye klik link ni www.wasap.my/60143623989

    BalasPadam
  4. Saya juga berminat ambil kursus kaedah qiraati, boleh wasap saya jika ada kursus untuk tahun 2019 ini

    BalasPadam
  5. Betway.com: Review & Welcome Bonus - JS Hub
    Betway mobile sports app is 김포 출장샵 available for Android and iOS users as well as for other operators. To get your 정읍 출장마사지 mobile 의왕 출장마사지 sports betting app to play, 전라북도 출장마사지 download 의정부 출장마사지 the Betway

    BalasPadam